sementara punya cerita, akal ini ingin meluahkan; rasa sesuatu dalam hayat ini yang terindah; suka atau duka; sahabat; tentang Dia dan tentunya dia...
Sunday, January 27, 2013
Auliya
Thursday, January 24, 2013
the du'a
happy birthday :)
Thursday, January 17, 2013
Ignore this but the bottom is precious
Kepada seseorang
Yang aku tak tahu nak kata bagaimana...
Sahabat mungkin
Itukah kita? Kau sahabat aku...
Dan kau pernah kata aku sahabat kau...
Ada sesuatu...
Seringkali kau muncul lagi dalam mainan mimpi
Kau siapa?
Apakah kau
Jelmaan sang iblis?
Aku siapa? Bukan ulama' yang mimpinya benar bukan mainan...
Kau beri kejutan
Setiap kali kau datang.
Kenapa kau cakap macam tu dulu? Dan kenapa hari yang lepas kau lontarkan perkataan itu?
Aku yang banyak berfikirkah atau ini satu kebetulan atau ini takdir?
Sudahlah. Aku terlalu memikirkan hal2 yang bukan2 saja.
Mainan tidur cuma.
------–-----
There someone out there share a video. Nak jerit boleh? Aaaaa!!! Suka2! Gitar! :D melting~
Ehehe, first time dengar live guitar masa form3. Suka guitar. Tapi tak reti main -_-" huduh bunyinye kalau aku yang petik tali2 gitar tuu~
Sebab tu orang yang ada ilmu tu tak sama dengan orang yang tiada ilmu. :) one day, i wish someone could play a peaceful song by using a guitar. Ting ting ting.
Nak download video tu ^^ insyaAllah kalau sempat tak busy nanti. Best!
#pray4me #pray4ummah
7jam
Being awake as usual by alarm, astaghfirullah by Brother Hafiz. Argghhh, pain inside. Hayat~ takmolah sakit dulu. Chill dulu, chill! :D senyumm sorang2, think positive!
A morning in Shah Alam, hearing azan subh is just a perfect day to begin. ^^ kuatkan semangat hayati! Kuat! Ya Allah, kuatkan aku. Ameen.
-----------
7 jam dari Pontian ke Shah Alam memang memeritkan. Selalunya 6jam je. Tiba2 dia pusing Klang dulu, tengok keliling, aku kat manalah ne? Hewhew~ first time sampai Klang Sentral semalam. Waaa~ Klang ne macam krik3 je. Haha.
Dari Pontian memang aku dengan Pak Cik bus je kat dalam tu. Sejuk gilo kot! Takdee orang, takde haba -_-" huwaaa! Lemah betul bab sejuk2 ne. Baru sepuluh minit gerak, aku dah tidur dah sambil kesejukan yang teramat. Grrrrr~ kepala pun pening waktu tu. Jadi tak sempat nak tengok sempadan Pontian-Batu Pahat, aku dah tidur.
Boleh pulak aku mimpi waktu tu!!! Terkejut aku! Sebab aku terkejut jumpe orang tu dalam mimpi. Dulu, balik Pontian, hari pertama tidur kat rumah aku mimpi dia. Ini, kat dalam bus lagi aku dah mimpi. Terus terjaga aku! Tengok sekeliling, laa baru kat Rengit ke? Ingatkan jauh dah. -_-" (Rengit, kawasan Batu Pahat tapi betul2 lepas Pontian)
Bus tu berhenti kat Rengit ambik orang, ada 2orang masuk. Lepastu aku tengok sekeliling sampailah kat Terminal Batu Pahat pulak. Batu Pahat ne cantik. First time aku tengok UTHM. Hoho. Jakun jugaklah. Lalu sekolah lama abang aku kat Batu Pahat. (selama ne aku tidur je ke? Kenapa macam tak pernah ada memori lalu kawasan ne?) hahahaha
Bus tu berhenti kat Ayer Hitam pulak, sekeliling Terminal Ayer Hitam tu banyak betul kedai jual karpet. Cantik kot. Haha. Lepastu berhenti Tangkak. Haa, kat Tangkak tu ada sorang kakak duduk sebelah aku. Berbunga-bunga dalam hati. Kihkih.
Kakak tu kan, aku tak tanye nama. Dok borak sakan neh tapi tak tanye nama pun. Dan sayang, aku tak berapa nak sihat, jadi aku cakap kat dia, "akak, sy nak tidur". Lepastu, aku tidur sampai aku tak sedar langsung dah melepasi Melaka. Tiba2 dah kat Seremban. O.o
Terminal Seremban ne sama je macam dulu. Takde perubahan. Hehe. Aku pun start message Umie. Aku tak tidur dah lepastu, akak sebelah yang tidur. Hehe. Seremban ne cantik. Penuh seni tradisi.
Satu jam kemudian, Umie tanye dah kat mana. Aku pun tak tau aku kat mana waktu tu. Yang aku tau dah dalam kawasan Selangor. Part mana pun aku tak tau. Seriously, perjalanan hari semalam tak sama dengan yang dulu2. Sejak bila pulak aku lalu Stadium Malawati Shah Alam ne? Haha. Umie kata dah nak dekat dah tu. Lepastu setengah jam kemudian, aku dah tak kenal tempat dah. Kat mana ne?
Mak start call. Tapi suara mak~ aku tak dengarlahh. -_-" telinga masalah ke hp masalah? Hahaha. Kemudian baru tau, ohhh. Klang. Salam kakak tu, kakak tu turun situ. Bye kakak! Jumpa lagi! :D setengah jam kemudian baru sampai bulatan kemajuan. Haa, baru kenal! Hampir sampailah tu. Hehe. Akhirnya! :)) alhamdulillah~
Begitulah 7jam yang berlalu. Hehe. Umie kata tambah satu jam lagi dah sama orang Kelantan balik Shah Alam. Lebih kurang je rupanya. Sayangnye kurang sihat. Pening betul otak bila start nak selsema. Sejuk pulak tuu. Hujan lagi. Apapun, UIA i'm on my way! Tomorrow will be :)) may Allah ease eveything.
# mood rafest13' :D
#pray4ummah
Wednesday, January 16, 2013
South to central Malaysia
The truth is i am the biggest fans of hayat terindah!!! Hahaha.
Reread, memang sengih sorang2. Teringat segalanya dulu. Teringat apa yang terlupa. :)) jazakumullahu khairan kathira sebab menjadi sebahagian dalam hayat terindah ini. Sepanjang hayat akan dikenang. Hehe.
Andai aku pergi dulu sebelum mu. Eh o.O lalalalalalalaala~ jemput datang rumah, baca yassin sama, maafkan segalanya, halalkan semuanya. Ada hutang, mohon mintak kat waris.
Andai aku kahwin dulu sebelum mu. :p jemput datang rumah jugak, doakan kami. Ada rezeki, bawaklah 'berkat' balik rumah. (berkat ne aku tak pasti orang negeri lain sebut yg sama ke tak, tapi yg penting berkat kat johor ne maksud dia tuan rumah bagi makanan yg dibungkuskan kepada tetamu).
Berhenti seketika, lihatlah langit malam :) its crescent!!! Hahhhh, cantiknya~ ma ajmala alqamar! Apabila bulan menghampiri full moon, 12 rabi'ul awal bakal menjelma. Mawlidur rasul <3 allahumma solli 'ala Muhammad wa ālihi Muhammad. :) feel it! Ya badratim~ ya badratim~ <3
Makan malam bersama Ana tadi, "Yu takyahlah balik" aku, "habistu ko nak aku dok rumah menganggur je? Lepastu ada putera raja masuk minang pada suatu hari?" ana, "haah, boleh2" aku, -_-" masih perlu berjuang ana :)) nanti turn kau pulak. Insyaallah~
Segala yang sempat aku nukilkan di sini, semoga menjadi penghibur di kala gundah gulana di semester yang penuh cabaran nanti. Insyaallah.
Semoga perjalanan semester yang baru, Allah memberi kekuatan kepadaku untuk menjalaninya dengan baik. Allahumma ameen~ mak! Ayah! Doakan :)) makbul tau doa mak ayah ne. Hari2 tau! Tengah2 laut tu ayah, kalau tunggu jaring tu di ombak2, tersangkut udang berkilo2, ketam, ikan, sotong, doalah untuk ayu ye ^^ mak pulak tengah2 masak dengan penuh kasih sayang tu, doakanlah ayu ye. Mesti doakan! Hehe. Tak call pun takpe asalkan ingat daku dalam doa kalian. :') terima kasih...
From south to the central of Malaysia, may Allah ease everything :)) take care mak, ayah, apis, ana, ain n haiqal. Ada kesempatan kita jumpa lagi ye. Untuk segalanya, jazakumullahu khairal jaza' <3 love till death makes us apart, together in jannah~ insyaallah~
# senyum itu indah. Tangis itu usah. Yang pergi tu sudah. Yang aku tak sudah2 bermadah ;p
#pray4me #pray4ummah
Tuesday, January 15, 2013
Kapak
Satu hari saya telah membeli sebotol minyak cap kapak. Pada suatu hari, minyak cap kapak saya telah hilang. Kemudian pada suatu hari, saya telah membeli minyak cap kapak yang baru. Yay!
---------------
Aku.. Kagumi sahabat2 ku yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Bagai ada satu motivasi halus yang menyuntik semangatku untuk berasa bahagia. Kebahagiaan merekalah yang membuatkan aku bahagia.
Kerana dahulunya waktu sekolah, aku tidak bersekolah asrama. Jadi sumber kekuatan, sumber motivasi aku ialah melihat sahabat2 aku di dalam kelas yang sibuk berjalan sana sini untuk berbincang bersama sahabat yang lain. Aku yang duduk di barisan paling belakang bersama bakal doktor yang sedang menuntut di USIM sekarang ini, selalu terleka seketika melihat sahabat2 berjuang untuk berjaya. Tak kenal erti lelah. Sehinggalah aku mengerling ke kanan melihat sahabat bakal doktor aku ini. Desis hatiku, "alamak, dia dah start dah!" sahabat bakal doktor aku tu mudah betul buat exercise tambahan. Homework je aku tak siap2 dia dah buat exercise tambahan. Hebat sahabat aku sorang ne. Termotivasi dengan perjuangan mereka.
Pulang ke rumah, aku jadi letih setelah seharian di sekolah. Setelah mempersiap diri, aku pasti mengantuk. Kalau tak tahan sangat, aku mintak izin mak untuk tidur walaupun waktu asar. Aku takut nanti jadi gila tidur waktu tu sebab tu aku mintak izin mak. Kalau tak tidur petang tu, lepas maghrib dengan telekung2 sekali aku tertidur atas sejadah sehinggalah mak aku panggil, "ayu! Eli dah datang tuu.." pergghhhh, perit kot nak bangun. Kalau larat aku bangunlah. Kalau tak aku terus tidur. Ada sahabat aku berkata, "kenapa tak tidur lepas isya' je?" hmm, okay my mistake.
Sumber motivasi seterusnya sahabat aku yang datang rumah tadilah. Nak cerita penat, dia lagi penat dari aku. Aku pergi sekolah ayah hantar, dia naik bus. Aku balik sekolah kul4/5/6, dia pun sama jugak. Aku relax2 kat rumah petang2, dia dah pergi tuition sampai dekat nak maghrib baru balik. Aku tertidur lepas maghrib, dia tunggu isya', solat, terus bergegas ke rumah aku pulak. Balik malam2 nanti, kul12/1/2 pun pernah. Bagusnyaaaa~ kagum dengan semangat sahabat2 aku ne.
Kalau kat CFS aku tak bolehh betul tengok orang pakai 'koyok'. Itukan nama dia? Aku tak pernah pakai pun! Demam ke? Pening? Mesti pakai tuu ea? Kenapa macam kerap sangat korang pakai? Ish, aku ne bila tengok orang pakai benda tu, mesti aku fikir "dia ne mesti kuat study ne, sebab tu sampai pening" nah, aku jadi takut sikit sebab aku jarang study -_-" mesti diorang dah study banyak. Haa, itulah persepsi aku.
Minyak cap kapak aku selalu jadi teman. Tapi bukan sebab aku pening gara2 banyak sangat study. Inipun sebab aku selalu sakit gigi! Bukan gigi berlubang~ tapi gigi bongsu aku tuu semangat sangat nak keluar dari gusi. Sampai ke otak rasa dia. Haihhh. Bila gusi bengkak, aku mesti tak boleh nak makan -_-" tak boleh mengunyah. Tapi budak2 bilik aku takde pun sakit gigi cenggini. Gigi ne semangat sungguh nak keluar tapi tak keluar2. Satu je berjaya keluar! Tahniahlahhh! Haha
Jadi itu jelah yang aku nak cerita tentang aku dan minyak cap kapak. Ahaha! Takde faedah betul -____-
#pray4ummah
Monday, January 14, 2013
Aku yang begini, terimalah
Hari ini dalam lipatan sejarah. Sejarah yang terukir indah. Mengalunkannya semula bagai pepasir di pantai menerima kunjungan sang ombak lagaknya. Sentiasa di tepian pantai, dipijak rakus sang manusia, namun pasir tetap teguh menanti kehadiran sang ombak. Saat ombak datang, bagaikan menarik pepasir mengikutinya. Difikir ditarik ke lautan indah menikmati sejarah yang tercipta. Namun, kau pergi wahai ombak. Kau berlalu begitu sahaja. Dan pepasir tetap terus setia menunggu.
O.o apa ne? Merepek ape pulak otak aku malam ne. Sejarah ape ne? Hari ne berape hari bulan? Ada peristiwa berlaku ke? -_-" hayati hayati~
Okay, otak aku nak merepek lagi :p
-------------------
Jari telunjuk terhunus tajam dan lirik mata tepat menuju sasaran. Ku lekapkan tipis telunjukku erat di cerminan yang menampakkan jelas sasaran. Aku berkata, "hoi! Berangan ea? Tengok cermin sorang2?" -_-"
Bosanlahhhhhhhh~
Nak buat ape ne? Arghhhhhhhhh! Nak dengar lagu bosan dah dengan semua lagu. Baru 'ting ting' je aku dah tukar lagu lain. Nak edit semula 'bila aku berfikir lagi-2' tak boleh nak edit. Malas layan~ nak kacau member2, semua tengah struggle neh exam. Nak kacau haiqal dia dah tidur. Nak borak dengan ana, dia pun dah tidur. Nak bukak facebook, facebook tak betul. Dia tak boleh bukak. Haihh. Malas layan~ nak bukak twitter, sepanjang hari dah bukak. Nak makan, tak lapar. Nak membaca buku, tak nak jugak. Nak orang bercakap. Mak dah tidur. Ayah pun. Apis pun. Mesej umie, dia tak reply dah. Isk isk. Dah malam mungkin.
Easy way, merepek panjang2 kat sini. Takde kawan borak -_-"
Aku dah beli tiket balik. Pontian-Shah Alam. Pasti perjalanan yang meletihkan sebab bus tu berhenti2. Kebiasaan terjadi, aku takde kawan nak duduk sebelah. Tak kisahlah makcik ke pakcik ke kakak ke melayu ke cina ke org 'oversea' ke, mesti aku borak dengan dyorang.. Tapi.. Selalunya takde orang nak dok sebelah o.O kadang2 aku dah sediakan seat kosong tu haa, ceiyh.. Takde jugak yg nak duduk. Aku comel sangat kot. Sebab tu takde orang nak dok sebelah -_-" easy way in the bus, tidur!!! Sebab bus betul2 buat aku senang nak tidur walaupun ada kalanya kepala terhantuk ke cermin. Aduhh... Tapi, tu sangat jarang berlaku. Selalunya aku mesti tersandar kat bahu orang sebelah. Oopss! Aku buat kat kawan perempuan aku je dulu2 time sekolah. Sekarang tak dah, aku mind set (minda separa sedar) , leher tegak leher tegak. Hahaha.
Eh, aku rindu dialah. Wahai future successful doctor! Bila kita akan bersua kembali? Berapa lama kite tak jumpe ne? Mesti segan nanti nak berkata-kata. I will continue praying for your study and profession. Good luck Wafa'!! Dr Wafa'. Ish, comelnya. Tak sabar nak tengok Dr. Wafa' pakai kot putih kat hospital. Hehe. Sekali sehospital dengan Amirul Syafiq, eh, Dr. Amirul Syafiq. Kan study sama2 kat USIM. Wow wow wow! Excited nak tengok korang berjaya! Phewwittt!
Hishh, patutlah takde orang nak bercakap dengan aku sekarang ne. Kepoh :o
Ada sesuatu yang akan melemahkan dan mematahkan semangat riang gembira banyak cakap kepoh sekarang ne. Bila memikirkan tentang sesuatu ini, hati terasa kecik, mata seakan nak tunduk ke bawah, kata2 yang nak keluar 'sighhhhh'. Hmmm, harapannya pada aku. Harapannya untuk aku menjadi seseorang yang sempurna. Begitu sempurna. Harapan yang melemahkan aku. Harapan yang tak mampu dilaksana andai dia terus berharap sebegitu. Aku hanya diri aku. Aku taknak berubah menjadi seperti itu. Aku tidak sesempurna itu. Aku biasa sahaja. Berhentilah dari berharap, kerana, harapan itu akan terbina sendiri tanpa diberitahu. Berdiamlah. Jangan berkata lagi walau sepatah jua. Kerana mungkin jiwa ini yang terpatah.
:O wahhh, patah hati kejap. Haha. Nak cakap dengan sape ne?
Nak sebuah lagu yang best. Tapi lagu apa? Sebelum Haiqal tidur, seboleh2 dia nak aku bukak Hayya Bil Jihad. Dan, dia tutup laptop tu lepas mak marah dia. Esok sekolah mak kata. Terus takde kawan nak celoteh. Kak wa kat sabah dah tidur jugak. Kanak2 takde. Isk isk. Cakap sorang2 jelah.
Ana suruh buatkan carta science nk tampal kat kelas esok. Bagi aku time aku macam ne, confirm aku tak layan. Tapi aku akan buatkan jugak. Dah pukul1.30 ne, bile nak buat? Aku tak belajar guna buku teks ne dulu2 Na. Ne buku science! Tapi aku betul2 teruja tengok gambar Diatoms (example of algae) macam gambar limau dipotong bulat2 letak atas pinggan warna oren. Comel!!! Sebab dia microorganism bukan limau. Hehe.
Baiklah, dari aku buat sesuatu yg tak berfaedah, baik aku buatkan carta Ana ne. Tajuk terpilih, viruses bukan algae. Okay, sweet dream everyone! Assalamualaikum :))
# happy sokmo! Hati riang hati senang. Semua kawan2 dah start riang gembira nak cuti semester nak balik Pontian. Isk isk. Tapi happy betul tengok orang lain happy. Sungguh. Walaupun mereka tak tahu, tapi aku betul2 happy untuk mereka. Bahagia tengok orang bahagia. Hmmm, rasa dia macam diri atas gunung kinabalu bersama hembusan bayu yang menyamankan. Eh, banyak cakap, ok bye!
#pray4ummah
Saturday, January 12, 2013
Bila aku berfikir lagi-2
La Tahzan. Karangan Dr. 'Aidh al-Qarni. Sudah lama tak pegang, tak buka, tak baca. Diambil sahaja, lalu berkata di dalam hati, Ya Allah, berikanlah hikmah dari buku ini. Amin.
Ditakdirkan, 181. Cinta Sejati muka surat 361-362. Waktu tu aku tak pasti kenapa Allah bukakan bab ini. Kerana dalam kepala aku tengah fikirkan hal tempoh hari. Rupa-rupanya, Allah kirimkan satu ayat yang berkaitan dengan hal yang bermain di fikiran. Ayat ni, dia bagitahu haritu.
Surah al-Maidah ayat 18.
Aku pun sambung baca ceritanya dalam al-Quran.
Pada ayat ke13: mereka suka mengubah firman (Allah) dari tempatnya...
Pada ayat ke15: Wahai ahli Kitab! Sungguh, rasul Kami telah datang kepadamu, menjelaskan kepadamu banyak hal dari isi kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak pula yang dibiarkannya. Sungguh telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menjelaskan.
*cahaya:nabi saw. Kitab:al-Quran
Terima kasih Allah :) walhamdulillah
-----------
Jumaat yang lalu, telah mendapat pencerahan daripada seorang sahabat yang sangat dihormati mengenai topik tempoh hari iaitu isu penggunaan kalimah Allah.
Allah. Itu je yang mampu terucap tatkala membaca huraiannya. Sebagai idea untuk terus berfikir katanya. Bila ditanya ada pendapat lain? Krik krik krik. Aku diam. -_-" tak boleh dibawa berbahas aku ne.
Aku suka berfikir tetapi bukan cara ditanya direct dan perlu dijawab direct hak tuu jugak. Memang otak terus jam! Hewhew. Kena train otak buat addmath biar cekap sikit berfikir. Aku dah terbayang otak aku sekarang ne lembik macam daging yang terbiar atas dulang o.O arghhh!
Untuk beberapa hari aku cuba menelaah kembali kata2nya. Aku salin di buku. Empat muka surat kesemuanya. Banyak jugak. Aku baca kembali. Krik krik krik. Tak boleh fikir pun! Apakah yang sudah terjadi ini? -_-" tak boleh berfikir membuatkan kita lagi sakit kepala rupanya. Headache headache.
Kebetulan ketika aku menyalin kata2nya dalam buku, mak datang tengok aku. Ditanyakan pada aku, "hishh, nampak ke tulisan tu yu? Tulisan jawi ke tu? Bersambung je?" hehe. Aku senyum je waktu tu, aku bagitahu lah, tulisan rumilah. Tengah salin tentang isu penggunaan kalimah Allah ne. Lepas titik terakhir aku salin, aku pun start bercerita kepada mak apa yang sahabat aku habaq maihh kat aku. Seronoknya cerita kat mak. :D terbuka sikit minda org dulu2 ne, biar takkmo terima maklumat dari satu sudut je. *untuk diri sendiri jugak. Hehe.
Jadi aku simpulkan, (cewwah, kesimpulan teghuih) hujah2 serta fakta2 yg dia bagi semua tak dapat disangkal lagi! No, bukan bermakna aku nak bantah. Tak tak. Aku nak terus berfikir lebih dalam lagi. Yang aku tahu, otak aku selalu bagi tahu, "ohh, macam ni rupanya al-Quran memperbetul apa2 yang diselewengkan oleh Injil..."
Dia kata, "Injil setelah ditahrif (diseleweng) masih menggunakan kalimah Allah. Penggunaan kalimah Allah dalam Injil tu masih digunakan walaupun telah ditukar, diubah makna dan konteks asal Nas.
Al-Quran kata, "Telah kafirlah orang yang mengatakan sesungguhnya Allah itu dialah al-Masih Putra Maryam" (al-Maidah:72)
Dalam ayat lain, "Telah kafirlah orang yg mengatakan Allah itu salah satu dari yang tiga (trinity)" (al-Maidah:73)
Al-Quran petik ni berdasarkan apa? Berdasarkan apa yang dipegangi oleh Kristian dan apa yang ditulis di dalam Injil yang telah diseleweng.
"Telah berkata Yahudi dan Nasrani bahawa kami anak Allah dan kami mencintainya." (al-Maidah:18)
"Tidaklah kami menyembah berhala ini melainkan untuk mendekatkan diri kami kepada Allah" (az-Zumar:3)
Walaupun dah diseleweng, penggunaan kalimah Allah tetap diaplikasikan oleh pentahrif kitab Injil. Dan al-Quran tak tempelak kalimah Allah tu. Al-Quran menempelak makna dan teks yang diubah, yang direka.
Kat negara2 Arab, kitab Yahudi dan Kristian memang pakai nama Allah pun. Yang Bahasa Arab jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, adakah Allah itu boleh diterjemahkan? Itu persoalannya!
لن يطلق هذه الكلمة على غير Ø£Øد من المخلوقات
Wallahu A'lam. Kalau God nak terjemah kepada Tuhan, tak kisah. Tapi Allah memang tak boleh diterjemahkan secara mutlak.
Orang kafir ada Tauhid Rububiyyah, yg tiada pada mereka Tauhid Uluhiyyah (mengesakan Allah)"
Apabila ditanya kepadanya tentang penggunaan kalimah Allah di Malaysia.
Ini pendapatnya, "Saya sokong bahawa tidak haram bagi non-Muslim menggunakan kalimah Allah. Walaupun makna yang ingin disampaikan adalah bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.
Tapi...
Melihat kepada situasi di Malaysia. Saya membantah tanpa mengharamkannya. Wallahu A'lam. Saya bantah sebab orang Islam Malaysia sendiri keliru dengan benda ni. Jadi boleh timbulkan fitnah. Dakwaan takut orang Islam terpesong baca bible nanti. Wallahu A'lam. Takkan baca bible sekali je dah terpesong. "
Tambahan lagi katanya, "Mereka mengatakan bahawa takut nanti missionary Kristian ambil kesempatan untuk mengkristianisasikan masyarakat awam Malaysia. Takut orang Islam sendiri tak dapat bezakan mana satu Allah yg Haq.
Itu pentingnya ilmu agama yang dididik sejak kecil. Kalau dah kukuh pemahaman agama, paderi nak pakai jubah, pakai serban, pastu cerita pasal bible yang guna kalimah Allah kat orang awam pun boleh. Takde pun yang boleh tergugat."
-------------
Fahimtu. Hal fahimtum? Hadanallah insyaallah. Allahumma ameen~
-------------
Ya syeikh! Macam tak cakap haritu, Jazakallahu khairal jazaa'. Semoga Allah terus dan terus dan terus dan terus dan terus dan terusssss memberikan hidayah-Nya, ilmu-Nya, kasih-Nya, rahmat-Nya, pertolongan-Nya buat anta. Allahumma ameen~
# penulisan yang matangg. Eceiyhh. Padahal yang matangnya dia bukan aku -_-" haha! kena banyak membaca hayat. Baca, digest, fikir, keluarkan, bincangkan, konklusikan. ^^ dengan harapan dan cita-cita suatu hari nanti, apabila berbincang sesuatu, ada sesuatu yang aku boleh perkatakan bukan menerima je semuanya ._.
#pray4me #pray4ummah
Friday, January 11, 2013
Ce rasa :)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ "من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه بها عشرا".
رواه مسلم.
maksudnya:
Rasulullah saw telah berkata: "barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali."
-----------
Hadis ne famous sangat. Kalau sesiapa yang follow Dr. 'Aid al-Qarni di twitter, confirm akan selalu baca beliau tweet hadis ini...
Sekali baca ada rasa apa2 tak? Dua kali baca? Tiga?
Mula2 sekali baca ne, aku excited nak selawat! Kali kedua rasa lagi. Kali ketiga dah start rasa biasa je. Kali yang seterusnya jangan cerita. astaghfirullahalazim.
Satu hari aku terfikir sesuatu. Kemudian aku tersenyum panjang. :))
Aku bercita-cita nak tweet kat Hafiz Hamidun, nak bagitahu dia mak aku dah jadi fans dia sejak zikir terapi dia jadi fenomena. Mak cakap tenang je dengar. Agak2 dia retweet tak? O.o
Lepas aku berfikir macam tu, aku geleng kepala. Suka ea kalau dia retweet, kalau favourite pun dah excited kot. Tak pasti lagi dia buat macam tu ke tak. Dan lagi, aku tak tweet pun kat dia. Terfikir, berangan je pun. Merepek je aku ne kan. Haha.
Seterusnya aku terdiam sekejap. Teringat semalamnya yang aku edit hadis ne kat dalam photoshop jadikan desktop background. Comel jugaklah aku edit. Warna-warni. Just like i like. Kihkih.
Sebenarnya aku semakin terfikir panjang. Ya Allah! Nabi saw dah sebut dah. Kalau baginda saw sebut confirm betul. Menurut hadis di atas, kalau kita berselawat ke atas baginda saw, Allah swt yg balas!!!!!!!!!!! Sepuluh kali pulak tuuu!!!!!!!
Masa tu jugak aku selawat sekali. Lepas tu aku diam. Aku senyum sorang2, sebab aku tahu Allah swt sedang membalas selawatku ke atas Rasulullah saw. Rasa dia, emm, rasa dia lagi best dari artis retweet tweet kita. Sebab retweet sekali je. Hehe.
Cuba buat! :D rasalah. Kalau kita setakat tahu je hadis tu tapi kita tak rasa, tak best. Percayalah! Kita beriman pada Allah swt dan rasul-Nya. Kalau kita rasa betul2, masyaallah! Subhanallah!
^^ ibarat kita tahu salji tu putih, kita pernah tengok gambar dia, lepastu kita berdepan betul2 salji turun dari langit! Siap boleh pegang lagi. Wohooo! Mesti awesomelah kan rasa dia! Camtulah ^^ hehe~
Wallahu a'lam <3
#pray4ummah
Thursday, January 10, 2013
Bila aku berfikir lagi
Hari ini, kecoh dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan bible ke bahasa Melayu. Boleh ke tak?
Para ulama' masih menegakkan pegangan masing2. Ade mukhalafah kat sini. Ada yang kata boleh, ada yang bantah.
Ada pula yang naikkan isu penggunaan kalimah Allah dalam lagu negeri Johor, "Allah selamatkan sultan". Takde isu pun penganut agama lain menyanyi lagu ne kat negeri Johor selama aku hidup. Tapi aku tengok masa kat sekolah dulu, tak semua tapi ada segelintir yang tak sebut perkataan Allah tu. Ada yang tak menyanyi langsung -_-" kes malas tuu.
Nak tak nak aku pun terfikir sama dalam isu ne. Isu berat ne. Kepala aku pun macam nak pecah fikir. Boleh ke aku fikir eak? Padahal takde asas2 kukuh dalam mengistinbat hukum. Eee, takut. Tapi aku terfikir jugak, tak sengaja. Ya lah, hari2 isu ini dibahaskan di tv.
Aku tulis kat sini hasil otak aku ne berfikir tentang isu ini. Agak2 kena saman tak? Haha. Serius isu ne sangat besar. Aku takut nak bagi pendapat -_-" tapi aku tulis jelah.
بسم الله الرحمن الرحيم
Setelah aku berfikir, aku dapati bahawa al-Quran telah membuktikan bahawa kitab injil hari ini itu telah terpesong. Pelbagai isi di dalamnya bercanggah dengan al-Quran. Bukan sahaja bercanggah dengan al-Quran, malah, bercanggah sesama sendiri dengan kitab2 agama mereka. Nampak sangat bukan diturunkan daripada Allah swt. Jadi, mengapakah dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam terjemahan itu nanti? Sedangkan bukan Allah yang turunkan. Contohlah, aku tak tau tapi contohlah, kot2 dalam Injil atau New Testament yang sekarang ne ada kata yang "Tuhan telah menurunkan anaknya Jesus…" cuba bayangkan kalau Tuhan itu tukar kepada Allah. Allahu akbar! Dalam al-Quran telah disebut, ((Lam yalid wa lam yulad)). Serius aku tak boleh terima kalau ditukar. Allah itu Maha Esa ((Qul huwallahu ahad)). Sedangkan agama Kristian itu sendiri percaya kepada concept trinity.
Hmmm, kalau tentang isu lagu negeri Johor, itu sama sekali tidak bertentangan dengan syariat Allah. Kita minta pada Allah keselamatan. Takde isu akidah pun kat sini. (beraninya aku cakap,err) tapi yang penting lagu tu tak fitnah Allah pun. Takdenye kita kate Allah tu ada anak ke apa ke. Takde. Tapi kalau dalam bible macam tak boleh je.
Wallahu a'lam~
Ya Allah andai aku salah fikir, maaf Ya Allah. Aku cuma fikir je. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
Jadi, inilah hasil pemikiran aku. Entahlah apa yang aku fikir ne. Seramnya -_-" apapun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk semua umat akhir zaman ini, semoga Allah memberikan hidayah kepada para ulama' untuk menentukan hukumnya. Insyaallah yang terbaik untuk umat sejagat. Allahumma amin~
#pray4ummah
Monday, January 7, 2013
Cry. Weak?
One day, my sister say, "Baby is crying to strengthen its lung" i was like, "is it true?" so that's how it is! But it is just a theory from this idea of brain. No copy from others. Just from me who loves to think "why? Why? Why?" hehe.
So this is it. Something in my mind that appear like a magic and its truly make my brain mess for awhile. When we try our best to think, our head will sick. Headache! headache!! -_-"
Have you ever thought that why some scholars said, "if you cannot cry when recite al-Quran, then pretend to" ??? Why?
Some says, "Don't cry! Don't be so childish. Be strong! You look like a baby! Wake up! Its 2013......" (its up to me to say so)
After i heard the statement told by my sister, i was shocked. Really. Not a lie. So my question has been answered!
We cry to have the strength! The more we cry the more we will be strong. But! Is it simply we have to cry and we will be strong?
No!
Hehe. The scholars said when we recite al-Quran. What is al-Quran? It is the words of Allah. Can you think what i think? :D
Cry infront of Allah! Let everything go infront of Him. Just cry and tell Him everything! Yes, He already knows what we are going to say, but He loves us who begging Him thoroughly. He misses 'ibadurrahman.
Any problem just talk to Allah and cry. Sincerely. He is our creator. He knows what is the best for us at the right time at exact place.
# sesungguhnya ciptaan Allah itu tiada satu pun sia-sia. Bahkan air mata yg dilihat lemah itu merupakan selangkah untuk mendapatkan kekuatan dari-Nya
So, this is it. My theory. Not agree? Any mistakes? Grammar? Oh, long time not write an essay -_-
O Allah, i'm writing because i always forget. I'm writing so one day i'll remember again. And You know what is exactly in my heart. Nothing can be kept secret from You. Forgive me. Allahumma ameen. Thank you Allah :')
Saturday, January 5, 2013
Duit!
Malam2 adik aku Haiqal masuk bilik, dia tengok atas katil ada dua keping wang kertas berwarna merah. Dia pun dengan pantasnya berkata, "Yu, bagi aku. Nak masuk tabung."
Eiyhh, suka hati je nak duit i -_-" mane boleh~ dia pun buat muka menyampah lalu keluar dari bilik. Huh, malas layan.
Beberapa minit kemudian, dia pun masuk bilik semula dengan membawa tabungnya. Mula2 dia kira wang kertasnya. Aku perhati je. Ade warna merah pulak tu. Hihi. $_$ mata duitan kejap. Dengan cepat dia kira lepastu je, "Aku pun ada sembilan belas hinggit lahh" sambil buat muke eksen -_-" huh malas layan. Still kurang rm1 daripada duit aku tadi. Hehe. Taknak kalah. Padahal dalam tabung dia tu masih ada duit syiling yang belum dikira.
Lepastu, dia keluar bilik semula tanpa mengira duit syiling dia tu. Aku tengokkan jelah dia tinggalkan duit dia depan aku atas katil. Ini kes suruh aku ambik duit tu ke ape? Eh! Tak2, tak curik. Tengok je duit tu berkibar-kibar kena angin dari kipas. Hehe.
Tak lama lepastu, Haiqal muncul lagi sambil membawa Along Bijak. Teringat zaman kanak2 kat tv hafal sifir. Hihi. Aku tengok berat semacam je Along Bijak dia ne. Lepas tu dia pun start keluarkan segala isinya tapi tak boleh keluar! Perghhh, penuh!
Akhirnya dia pun berjaya muntahkan segala isi perut Along Bijak tuu lalu mula mengira. Wow! Aku tengok macam best je dia kira. Aku pun tolonglah dia kira duit tabungan dia tu. Susun biar mudah nak kira total. Mula dengan 50sen ke 20sen dan seterusnya. Last2, "Yu, tak reti kire 5sen" -_______- duit besar pandai kire, duit kecik tak reti. Haihhh...
----------
Sepanjang aku tolong dia kira tuu, aku terfikir. Berapa lama Haiqal simpan duit ne? Sepanjang tahun 2012 kah? Boleh jadi. Lepas tu terdetik dalam hati. Astaghfirullahalazim! Berapa banyak pulak dosa2 yg terkumpul sepanjang tahun lepas? Ganjaran pahala pulak? ._.
-----------
Tengahari tadi, ketika ayah, Haiqal dan para jemaah tekun mendengar khutbah di Masjid Kiyai Hj Abdul Jabbar, aku duduk di hadapan kaca televisyen. Nak dengar khutbah dari masjid, sayup2 je suaranya. Mak kate microphone system trouble sikit. Patutlah aku kadang2 tak dengar azan subuh kat sini. Tunggu sampai ke pukul6.
Nak dijadikan cerita, aku tonton al-Hidayah bersama Kak Wardina Safiyyah dan jemputannya Ustaz Ghazali. Chick (sejenis haiwan yg bertelur dan boleh dimakan) pun sibuk jugak nak panjat kat aku waktu tu. Tajuk hari ne, menghapus dosa semalam. Subhanallah, tepat pada masanya!
Jiwa yang kosong bila disiram hidayah Allah ne, mengalir air mata. Aku tahankan jelahh waktu tu. Nanti chick tengok, malu -_-" sungguh, aku berterima kasih sangat2 pada Allah sebab buka ruang dan jalan untuk aku kembali pada-Nya walaupun sering sering dan sering menjauh. Alhamdulillah.
# Ustaz kata topik ne (hapus dosa) tak glamour. Ada orang taknak dengar pun, anggap diri takde dosa. Tapi, hakikatnya setiap hari kena bertaubat kepada Allah. Mohon ampunan dari-Nya. Sebab tu dah macam trend, mintak maaf dengan mak ayah setahun sekali je time raya.
# Kak Wardina pulak berkongsi ayat yang sentiasa bagi harapan pada dirinya setiap kali ingin bertaubat iaitu surah al-Furqan ayat 70. Maksudnya:
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebaikan, maka kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. (25:70)
Sepetang bersama ikim.fm, curahan ilmu diberikan dalam slot Usrah Nurani jam5 petang setiap hari Jumaat. Panelistnya semua dari Usrah Fitrah. Hari ini bersama Kak Heliza Helmi dan Kak Haryati Hamzah. Dan juga Ustaz yg aku baru dengar namanya (tak ingat). Tapi seingat aku, dia penulis buku RnR something. Ya, aku pernah tengok buku tu cuma tak pernah baca.
# Ustaz tu kate, hati kena bersih. Amalan baik akan menyucikannya. Ikuti sunnah Rasulullah saw. Cintai ummah, sebarkan kasih sayang. Kak Yat pesan amalkanlah sebelum tidur solat sunat taubah. Kak Heliza tambah, at least istighfar 70x sehari.
Masyaallah, ilmu~ perlu dituntut walau di mana sahaja kita berada. Sikit atau banyak, amalkanlah. Jangan sampai hati kering, basahkan ia semula dengan ilmu.
#pray4allWhoTakingExam [bittaufiq wannajah~ insyaallah doa diterbangkan buat semua :) ]
#pray4Gaza
Friday, January 4, 2013
Dia ^^
:D hari ini mahu cerita tentang dia. Dia yang di hati <3 Allah saja yg Maha Mengetahui betapa besar cintaku padanya. Setelah sepanjang hidup bersama, aku tak mahu hilang dia :')
Masa kecik2 dulu, sedar2 je dia dah ada. Ganas jugak dia ne. Yelah, aku kan sopan ayu je kan :p dan dia sangat berani orangnya. Bila dia memerintah ibarat semuanya tunduk padanya. Garang pun ade juga. Tp dia jaga aku baik je ^^
Masa sekolah rendah, kegarangan dia ne tak dapat dibendung. Tolonglah jangan carik pasal dengan dia, nanti dia karate siap haa. *tipu. Sebenarnya dia mampu mengeluarkan kuku yg panjang dan tajam seperti seekor harimau lalu mencakau #eh hehe mencakar musuhnya! *tipu lg. Hehe.
Dia ne keras hatinya. Tapi siapa yg tahu, Pemilik segala hati lebih mengetahui perjalanan hidup kita. Semakin mengenali dunia, hidupnya terus disinari nur Ilahi. Teguh iman dalam hatinya. Perwatakan yg dingin bertukar hangat. Senyuman yg tawar bertukar manis. Tangan yg keras bertukar halus. Mengukir ayat2 indah bersama terubahnya hati. Sedikit demi sedikit, perubahan dirasai. Aku perhati entah berapa liter air mata tertumpahkan hanya untuk mencari cinta teragung, cinta Ilahi.
Setelah dewasa :p (sebaya sebenarnye cuma tua dia sikit je,hihi) ketika di matrikulasi, dia meneruskan langkahnya untuk mencari sinar kebahagiaan sejati. Dia bertemu dengan usrah yg mengubah 361 darjah hidupnya. Sehari-hari bagai tak menentu tanpa curahan ilmu dan hidayah Allah. Rindunya pada kasih Allah terus menebal. Semakin hari semakin rindu~
Hari ini, dia yang sangat ku sayangi ku kasihi benar2 wanita idaman. Laksana sang bidadari turun dari syurga. Saat imannya tergelincir dari landasan, dia berusaha keras untuk kembali semula. Tidak pernah kenal erti lelah. Semata-mata untuk mencari keredhaan-Nya.
Sedang bermujahadah di negeri penuh dugaan dan cabaran, di alam realiti kehidupan hari ini, aku kagum benar dengan sifatnya. Mencari cahaya di sebalik kegelapan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Tidak terhenti menambah iman di hati sendiri malahan membawa yg lain menuju cahaya-Nya.
Allah Allah Allah. Sahabatku ini, Kau berilah kekuatan dalam dirinya. Sahabat yg ketika aku pandang, malah melihat nombor telefonnya saja aku dah teringat pada-Mu. Kau kurniakanlah dia kemanisan iman dan keredhaan-Mu dunia dan akhirat. Allahumma ameen~
---------
Jika satu hari nanti ada yang mengambil dia sebagai isteri, aku bakal menjadi yang paling gembira di sisinya. Jika waktu itu aku telah tiada, aku tahu Kau tetap ada. Kirimkan dia seseorang yg membuatkan imannya lebih teguh, kurniakanlah sifat taqwa itu buatnya. Allahumma ameen~
sayang kau banyak2 !!! :'D
#pray4parents #pray4sahabah #pray4ummah
Tuesday, January 1, 2013
T-T sedihhhh~
Today's finally here. She's no longer run and hug me dearly. She's no longer searching for me after she woke up in the morning. No longer here to say my name if she cannot see me beside her. No longer smiling gratefully seeing me just sit on the chair looking at her. No longer sleeping with me on the same pillow and under the same blanket. No longer hearing me sing a lullaby song to ensure she's getting asleep. No longer here to sit on me anytime she wants to. No longer waiting for me to end my five-times obligations daily.
I asked her yesterday, "kakak wants to sleep with papa?" She answered, "no, sleep with cik Ayu". I smiled towards her. I told her to sleep early as she'll go to negeri sembilan later in the morning. She refused to sleep and play with my phone. She opened the map and searched for the airport senai. She could not wait to fly to sabah.
This incredible child make me realize, life is not a medium to play around. There are responsibilities. Do not jeopardize our eternal life there just because of our life here. Every single little tiny small things and big ones, are recorded. Reminder.
This adorable kiddy really makes my life terindah :) terasa nak ade anak sendiri je sekarang~ hehe.. Bukan ape, tengok zafirah rapat sangat dengan aku macam bestnye ade anak sendiri. Patutlah aku ade 8adik beradik. Yg ade 10, 11, 12, 13 adik beradik tu mesti bahagia mak ayah dia. :D nak anak ramai2 jugaklah nanti. Haha.
Eh, kena belajar dulu. Fikir pasal anak pulak -_-" ayah pun soh sambung master je lepas degree kalau takde pape, tak bagi kelulusan green light untuk kawen pun. Haha. Ayah suka tengok aku study kott. Inspiration to the young one :p that's why adik2 aku struggle untuk cemerlang sebab kakak dia dah mulakan legacy :p diharapkan adik2 semua berjaya.
Hmm, Miza Zafirah! Jom skype dengan cik ayu :D tapi, tau dah kakak taknak kan? Mesti tutup telinga nanti. Hikhik. Tengok, rindu benar ne :') Marini Zahra! Adik buat ape tu? (gaya iklan kat tv) huwaa! Comelnye korang ne! Muhammad Zafri! Jumpe lagi 6bulan akan datang :D harap dah boleh tersenyum riang. Boleh acik tengok lesung pipit tuhh :))
Dah boleh tidur awal hari2, Miza Zafirah dah takde, kalau tidak "cik ayu! Banon! Banon ah! Banon" heee~ Mizaaaa~ Ayuuuu~ Miza Zafirahhhh~ Cik Ayuuuu~ :'D nasib baik tadi tak nangis tengok korang pergi. Hukhuk. Jage diri sayang2 permata hati.
Jumpa lagi, insya-Allah <3 ameen~