Satu hari saya telah membeli sebotol minyak cap kapak. Pada suatu hari, minyak cap kapak saya telah hilang. Kemudian pada suatu hari, saya telah membeli minyak cap kapak yang baru. Yay!
---------------
Aku.. Kagumi sahabat2 ku yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Bagai ada satu motivasi halus yang menyuntik semangatku untuk berasa bahagia. Kebahagiaan merekalah yang membuatkan aku bahagia.
Kerana dahulunya waktu sekolah, aku tidak bersekolah asrama. Jadi sumber kekuatan, sumber motivasi aku ialah melihat sahabat2 aku di dalam kelas yang sibuk berjalan sana sini untuk berbincang bersama sahabat yang lain. Aku yang duduk di barisan paling belakang bersama bakal doktor yang sedang menuntut di USIM sekarang ini, selalu terleka seketika melihat sahabat2 berjuang untuk berjaya. Tak kenal erti lelah. Sehinggalah aku mengerling ke kanan melihat sahabat bakal doktor aku ini. Desis hatiku, "alamak, dia dah start dah!" sahabat bakal doktor aku tu mudah betul buat exercise tambahan. Homework je aku tak siap2 dia dah buat exercise tambahan. Hebat sahabat aku sorang ne. Termotivasi dengan perjuangan mereka.
Pulang ke rumah, aku jadi letih setelah seharian di sekolah. Setelah mempersiap diri, aku pasti mengantuk. Kalau tak tahan sangat, aku mintak izin mak untuk tidur walaupun waktu asar. Aku takut nanti jadi gila tidur waktu tu sebab tu aku mintak izin mak. Kalau tak tidur petang tu, lepas maghrib dengan telekung2 sekali aku tertidur atas sejadah sehinggalah mak aku panggil, "ayu! Eli dah datang tuu.." pergghhhh, perit kot nak bangun. Kalau larat aku bangunlah. Kalau tak aku terus tidur. Ada sahabat aku berkata, "kenapa tak tidur lepas isya' je?" hmm, okay my mistake.
Sumber motivasi seterusnya sahabat aku yang datang rumah tadilah. Nak cerita penat, dia lagi penat dari aku. Aku pergi sekolah ayah hantar, dia naik bus. Aku balik sekolah kul4/5/6, dia pun sama jugak. Aku relax2 kat rumah petang2, dia dah pergi tuition sampai dekat nak maghrib baru balik. Aku tertidur lepas maghrib, dia tunggu isya', solat, terus bergegas ke rumah aku pulak. Balik malam2 nanti, kul12/1/2 pun pernah. Bagusnyaaaa~ kagum dengan semangat sahabat2 aku ne.
Kalau kat CFS aku tak bolehh betul tengok orang pakai 'koyok'. Itukan nama dia? Aku tak pernah pakai pun! Demam ke? Pening? Mesti pakai tuu ea? Kenapa macam kerap sangat korang pakai? Ish, aku ne bila tengok orang pakai benda tu, mesti aku fikir "dia ne mesti kuat study ne, sebab tu sampai pening" nah, aku jadi takut sikit sebab aku jarang study -_-" mesti diorang dah study banyak. Haa, itulah persepsi aku.
Minyak cap kapak aku selalu jadi teman. Tapi bukan sebab aku pening gara2 banyak sangat study. Inipun sebab aku selalu sakit gigi! Bukan gigi berlubang~ tapi gigi bongsu aku tuu semangat sangat nak keluar dari gusi. Sampai ke otak rasa dia. Haihhh. Bila gusi bengkak, aku mesti tak boleh nak makan -_-" tak boleh mengunyah. Tapi budak2 bilik aku takde pun sakit gigi cenggini. Gigi ne semangat sungguh nak keluar tapi tak keluar2. Satu je berjaya keluar! Tahniahlahhh! Haha
Jadi itu jelah yang aku nak cerita tentang aku dan minyak cap kapak. Ahaha! Takde faedah betul -____-
#pray4ummah
No comments:
Post a Comment