قال رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ "من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه بها عشرا".
رواه مسلم.
maksudnya:
Rasulullah saw telah berkata: "barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali."
-----------
Hadis ne famous sangat. Kalau sesiapa yang follow Dr. 'Aid al-Qarni di twitter, confirm akan selalu baca beliau tweet hadis ini...
Sekali baca ada rasa apa2 tak? Dua kali baca? Tiga?
Mula2 sekali baca ne, aku excited nak selawat! Kali kedua rasa lagi. Kali ketiga dah start rasa biasa je. Kali yang seterusnya jangan cerita. astaghfirullahalazim.
Satu hari aku terfikir sesuatu. Kemudian aku tersenyum panjang. :))
Aku bercita-cita nak tweet kat Hafiz Hamidun, nak bagitahu dia mak aku dah jadi fans dia sejak zikir terapi dia jadi fenomena. Mak cakap tenang je dengar. Agak2 dia retweet tak? O.o
Lepas aku berfikir macam tu, aku geleng kepala. Suka ea kalau dia retweet, kalau favourite pun dah excited kot. Tak pasti lagi dia buat macam tu ke tak. Dan lagi, aku tak tweet pun kat dia. Terfikir, berangan je pun. Merepek je aku ne kan. Haha.
Seterusnya aku terdiam sekejap. Teringat semalamnya yang aku edit hadis ne kat dalam photoshop jadikan desktop background. Comel jugaklah aku edit. Warna-warni. Just like i like. Kihkih.
Sebenarnya aku semakin terfikir panjang. Ya Allah! Nabi saw dah sebut dah. Kalau baginda saw sebut confirm betul. Menurut hadis di atas, kalau kita berselawat ke atas baginda saw, Allah swt yg balas!!!!!!!!!!! Sepuluh kali pulak tuuu!!!!!!!
Masa tu jugak aku selawat sekali. Lepas tu aku diam. Aku senyum sorang2, sebab aku tahu Allah swt sedang membalas selawatku ke atas Rasulullah saw. Rasa dia, emm, rasa dia lagi best dari artis retweet tweet kita. Sebab retweet sekali je. Hehe.
Cuba buat! :D rasalah. Kalau kita setakat tahu je hadis tu tapi kita tak rasa, tak best. Percayalah! Kita beriman pada Allah swt dan rasul-Nya. Kalau kita rasa betul2, masyaallah! Subhanallah!
^^ ibarat kita tahu salji tu putih, kita pernah tengok gambar dia, lepastu kita berdepan betul2 salji turun dari langit! Siap boleh pegang lagi. Wohooo! Mesti awesomelah kan rasa dia! Camtulah ^^ hehe~
Wallahu a'lam <3
#pray4ummah
No comments:
Post a Comment