Thursday, January 10, 2013

Bila aku berfikir lagi

Hari ini, kecoh dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan bible ke bahasa Melayu. Boleh ke tak?

Para ulama' masih menegakkan pegangan masing2. Ade mukhalafah kat sini. Ada yang kata boleh, ada yang bantah.

Ada pula yang naikkan isu penggunaan kalimah Allah dalam lagu negeri Johor, "Allah selamatkan sultan". Takde isu pun penganut agama lain menyanyi lagu ne kat negeri Johor selama aku hidup. Tapi aku tengok masa kat sekolah dulu, tak semua tapi ada segelintir yang tak sebut perkataan Allah tu. Ada yang tak menyanyi langsung -_-" kes malas tuu.

Nak tak nak aku pun terfikir sama dalam isu ne. Isu berat ne. Kepala aku pun macam nak pecah fikir. Boleh ke aku fikir eak? Padahal takde asas2 kukuh dalam mengistinbat hukum. Eee, takut. Tapi aku terfikir jugak, tak sengaja. Ya lah, hari2 isu ini dibahaskan di tv.
Aku tulis kat sini hasil otak aku ne berfikir tentang isu ini. Agak2 kena saman tak? Haha. Serius isu ne sangat besar. Aku takut nak bagi pendapat -_-" tapi aku tulis jelah.

بسم الله الرحمن الرحيم
Setelah aku berfikir, aku dapati bahawa al-Quran telah membuktikan bahawa kitab injil hari ini itu telah terpesong. Pelbagai isi di dalamnya bercanggah dengan al-Quran. Bukan sahaja bercanggah dengan al-Quran, malah, bercanggah sesama sendiri dengan kitab2 agama mereka. Nampak sangat bukan diturunkan daripada Allah swt. Jadi, mengapakah dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam terjemahan itu nanti? Sedangkan bukan Allah yang turunkan. Contohlah, aku tak tau tapi contohlah, kot2 dalam Injil atau New Testament yang sekarang ne ada kata yang "Tuhan telah menurunkan anaknya Jesus…" cuba bayangkan kalau Tuhan itu tukar kepada Allah. Allahu akbar! Dalam al-Quran telah disebut, ((Lam yalid wa lam yulad)). Serius aku tak boleh terima kalau ditukar. Allah itu Maha Esa ((Qul huwallahu ahad)). Sedangkan agama Kristian itu sendiri percaya kepada concept trinity.

Hmmm, kalau tentang isu lagu negeri Johor, itu sama sekali tidak bertentangan dengan syariat Allah. Kita minta pada Allah keselamatan. Takde isu akidah pun kat sini. (beraninya aku cakap,err) tapi yang penting lagu tu tak fitnah Allah pun. Takdenye kita kate Allah tu ada anak ke apa ke. Takde. Tapi kalau dalam bible macam tak boleh je.

Wallahu a'lam~
Ya Allah andai aku salah fikir, maaf Ya Allah. Aku cuma fikir je. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Jadi, inilah hasil pemikiran aku. Entahlah apa yang aku fikir ne. Seramnya -_-" apapun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk semua umat akhir zaman ini, semoga Allah memberikan hidayah kepada para ulama' untuk menentukan hukumnya. Insyaallah yang terbaik untuk umat sejagat. Allahumma amin~

#pray4ummah

No comments:

Post a Comment