:D hari ini mahu cerita tentang dia. Dia yang di hati <3 Allah saja yg Maha Mengetahui betapa besar cintaku padanya. Setelah sepanjang hidup bersama, aku tak mahu hilang dia :')
Masa kecik2 dulu, sedar2 je dia dah ada. Ganas jugak dia ne. Yelah, aku kan sopan ayu je kan :p dan dia sangat berani orangnya. Bila dia memerintah ibarat semuanya tunduk padanya. Garang pun ade juga. Tp dia jaga aku baik je ^^
Masa sekolah rendah, kegarangan dia ne tak dapat dibendung. Tolonglah jangan carik pasal dengan dia, nanti dia karate siap haa. *tipu. Sebenarnya dia mampu mengeluarkan kuku yg panjang dan tajam seperti seekor harimau lalu mencakau #eh hehe mencakar musuhnya! *tipu lg. Hehe.
Dia ne keras hatinya. Tapi siapa yg tahu, Pemilik segala hati lebih mengetahui perjalanan hidup kita. Semakin mengenali dunia, hidupnya terus disinari nur Ilahi. Teguh iman dalam hatinya. Perwatakan yg dingin bertukar hangat. Senyuman yg tawar bertukar manis. Tangan yg keras bertukar halus. Mengukir ayat2 indah bersama terubahnya hati. Sedikit demi sedikit, perubahan dirasai. Aku perhati entah berapa liter air mata tertumpahkan hanya untuk mencari cinta teragung, cinta Ilahi.
Setelah dewasa :p (sebaya sebenarnye cuma tua dia sikit je,hihi) ketika di matrikulasi, dia meneruskan langkahnya untuk mencari sinar kebahagiaan sejati. Dia bertemu dengan usrah yg mengubah 361 darjah hidupnya. Sehari-hari bagai tak menentu tanpa curahan ilmu dan hidayah Allah. Rindunya pada kasih Allah terus menebal. Semakin hari semakin rindu~
Hari ini, dia yang sangat ku sayangi ku kasihi benar2 wanita idaman. Laksana sang bidadari turun dari syurga. Saat imannya tergelincir dari landasan, dia berusaha keras untuk kembali semula. Tidak pernah kenal erti lelah. Semata-mata untuk mencari keredhaan-Nya.
Sedang bermujahadah di negeri penuh dugaan dan cabaran, di alam realiti kehidupan hari ini, aku kagum benar dengan sifatnya. Mencari cahaya di sebalik kegelapan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Tidak terhenti menambah iman di hati sendiri malahan membawa yg lain menuju cahaya-Nya.
Allah Allah Allah. Sahabatku ini, Kau berilah kekuatan dalam dirinya. Sahabat yg ketika aku pandang, malah melihat nombor telefonnya saja aku dah teringat pada-Mu. Kau kurniakanlah dia kemanisan iman dan keredhaan-Mu dunia dan akhirat. Allahumma ameen~
---------
Jika satu hari nanti ada yang mengambil dia sebagai isteri, aku bakal menjadi yang paling gembira di sisinya. Jika waktu itu aku telah tiada, aku tahu Kau tetap ada. Kirimkan dia seseorang yg membuatkan imannya lebih teguh, kurniakanlah sifat taqwa itu buatnya. Allahumma ameen~
sayang kau banyak2 !!! :'D
#pray4parents #pray4sahabah #pray4ummah
No comments:
Post a Comment