Hari ini dalam lipatan sejarah. Sejarah yang terukir indah. Mengalunkannya semula bagai pepasir di pantai menerima kunjungan sang ombak lagaknya. Sentiasa di tepian pantai, dipijak rakus sang manusia, namun pasir tetap teguh menanti kehadiran sang ombak. Saat ombak datang, bagaikan menarik pepasir mengikutinya. Difikir ditarik ke lautan indah menikmati sejarah yang tercipta. Namun, kau pergi wahai ombak. Kau berlalu begitu sahaja. Dan pepasir tetap terus setia menunggu.
O.o apa ne? Merepek ape pulak otak aku malam ne. Sejarah ape ne? Hari ne berape hari bulan? Ada peristiwa berlaku ke? -_-" hayati hayati~
Okay, otak aku nak merepek lagi :p
-------------------
Jari telunjuk terhunus tajam dan lirik mata tepat menuju sasaran. Ku lekapkan tipis telunjukku erat di cerminan yang menampakkan jelas sasaran. Aku berkata, "hoi! Berangan ea? Tengok cermin sorang2?" -_-"
Bosanlahhhhhhhh~
Nak buat ape ne? Arghhhhhhhhh! Nak dengar lagu bosan dah dengan semua lagu. Baru 'ting ting' je aku dah tukar lagu lain. Nak edit semula 'bila aku berfikir lagi-2' tak boleh nak edit. Malas layan~ nak kacau member2, semua tengah struggle neh exam. Nak kacau haiqal dia dah tidur. Nak borak dengan ana, dia pun dah tidur. Nak bukak facebook, facebook tak betul. Dia tak boleh bukak. Haihh. Malas layan~ nak bukak twitter, sepanjang hari dah bukak. Nak makan, tak lapar. Nak membaca buku, tak nak jugak. Nak orang bercakap. Mak dah tidur. Ayah pun. Apis pun. Mesej umie, dia tak reply dah. Isk isk. Dah malam mungkin.
Easy way, merepek panjang2 kat sini. Takde kawan borak -_-"
Aku dah beli tiket balik. Pontian-Shah Alam. Pasti perjalanan yang meletihkan sebab bus tu berhenti2. Kebiasaan terjadi, aku takde kawan nak duduk sebelah. Tak kisahlah makcik ke pakcik ke kakak ke melayu ke cina ke org 'oversea' ke, mesti aku borak dengan dyorang.. Tapi.. Selalunya takde orang nak dok sebelah o.O kadang2 aku dah sediakan seat kosong tu haa, ceiyh.. Takde jugak yg nak duduk. Aku comel sangat kot. Sebab tu takde orang nak dok sebelah -_-" easy way in the bus, tidur!!! Sebab bus betul2 buat aku senang nak tidur walaupun ada kalanya kepala terhantuk ke cermin. Aduhh... Tapi, tu sangat jarang berlaku. Selalunya aku mesti tersandar kat bahu orang sebelah. Oopss! Aku buat kat kawan perempuan aku je dulu2 time sekolah. Sekarang tak dah, aku mind set (minda separa sedar) , leher tegak leher tegak. Hahaha.
Eh, aku rindu dialah. Wahai future successful doctor! Bila kita akan bersua kembali? Berapa lama kite tak jumpe ne? Mesti segan nanti nak berkata-kata. I will continue praying for your study and profession. Good luck Wafa'!! Dr Wafa'. Ish, comelnya. Tak sabar nak tengok Dr. Wafa' pakai kot putih kat hospital. Hehe. Sekali sehospital dengan Amirul Syafiq, eh, Dr. Amirul Syafiq. Kan study sama2 kat USIM. Wow wow wow! Excited nak tengok korang berjaya! Phewwittt!
Hishh, patutlah takde orang nak bercakap dengan aku sekarang ne. Kepoh :o
Ada sesuatu yang akan melemahkan dan mematahkan semangat riang gembira banyak cakap kepoh sekarang ne. Bila memikirkan tentang sesuatu ini, hati terasa kecik, mata seakan nak tunduk ke bawah, kata2 yang nak keluar 'sighhhhh'. Hmmm, harapannya pada aku. Harapannya untuk aku menjadi seseorang yang sempurna. Begitu sempurna. Harapan yang melemahkan aku. Harapan yang tak mampu dilaksana andai dia terus berharap sebegitu. Aku hanya diri aku. Aku taknak berubah menjadi seperti itu. Aku tidak sesempurna itu. Aku biasa sahaja. Berhentilah dari berharap, kerana, harapan itu akan terbina sendiri tanpa diberitahu. Berdiamlah. Jangan berkata lagi walau sepatah jua. Kerana mungkin jiwa ini yang terpatah.
:O wahhh, patah hati kejap. Haha. Nak cakap dengan sape ne?
Nak sebuah lagu yang best. Tapi lagu apa? Sebelum Haiqal tidur, seboleh2 dia nak aku bukak Hayya Bil Jihad. Dan, dia tutup laptop tu lepas mak marah dia. Esok sekolah mak kata. Terus takde kawan nak celoteh. Kak wa kat sabah dah tidur jugak. Kanak2 takde. Isk isk. Cakap sorang2 jelah.
Ana suruh buatkan carta science nk tampal kat kelas esok. Bagi aku time aku macam ne, confirm aku tak layan. Tapi aku akan buatkan jugak. Dah pukul1.30 ne, bile nak buat? Aku tak belajar guna buku teks ne dulu2 Na. Ne buku science! Tapi aku betul2 teruja tengok gambar Diatoms (example of algae) macam gambar limau dipotong bulat2 letak atas pinggan warna oren. Comel!!! Sebab dia microorganism bukan limau. Hehe.
Baiklah, dari aku buat sesuatu yg tak berfaedah, baik aku buatkan carta Ana ne. Tajuk terpilih, viruses bukan algae. Okay, sweet dream everyone! Assalamualaikum :))
# happy sokmo! Hati riang hati senang. Semua kawan2 dah start riang gembira nak cuti semester nak balik Pontian. Isk isk. Tapi happy betul tengok orang lain happy. Sungguh. Walaupun mereka tak tahu, tapi aku betul2 happy untuk mereka. Bahagia tengok orang bahagia. Hmmm, rasa dia macam diri atas gunung kinabalu bersama hembusan bayu yang menyamankan. Eh, banyak cakap, ok bye!
#pray4ummah
No comments:
Post a Comment