Malam2 adik aku Haiqal masuk bilik, dia tengok atas katil ada dua keping wang kertas berwarna merah. Dia pun dengan pantasnya berkata, "Yu, bagi aku. Nak masuk tabung."
Eiyhh, suka hati je nak duit i -_-" mane boleh~ dia pun buat muka menyampah lalu keluar dari bilik. Huh, malas layan.
Beberapa minit kemudian, dia pun masuk bilik semula dengan membawa tabungnya. Mula2 dia kira wang kertasnya. Aku perhati je. Ade warna merah pulak tu. Hihi. $_$ mata duitan kejap. Dengan cepat dia kira lepastu je, "Aku pun ada sembilan belas hinggit lahh" sambil buat muke eksen -_-" huh malas layan. Still kurang rm1 daripada duit aku tadi. Hehe. Taknak kalah. Padahal dalam tabung dia tu masih ada duit syiling yang belum dikira.
Lepastu, dia keluar bilik semula tanpa mengira duit syiling dia tu. Aku tengokkan jelah dia tinggalkan duit dia depan aku atas katil. Ini kes suruh aku ambik duit tu ke ape? Eh! Tak2, tak curik. Tengok je duit tu berkibar-kibar kena angin dari kipas. Hehe.
Tak lama lepastu, Haiqal muncul lagi sambil membawa Along Bijak. Teringat zaman kanak2 kat tv hafal sifir. Hihi. Aku tengok berat semacam je Along Bijak dia ne. Lepas tu dia pun start keluarkan segala isinya tapi tak boleh keluar! Perghhh, penuh!
Akhirnya dia pun berjaya muntahkan segala isi perut Along Bijak tuu lalu mula mengira. Wow! Aku tengok macam best je dia kira. Aku pun tolonglah dia kira duit tabungan dia tu. Susun biar mudah nak kira total. Mula dengan 50sen ke 20sen dan seterusnya. Last2, "Yu, tak reti kire 5sen" -_______- duit besar pandai kire, duit kecik tak reti. Haihhh...
----------
Sepanjang aku tolong dia kira tuu, aku terfikir. Berapa lama Haiqal simpan duit ne? Sepanjang tahun 2012 kah? Boleh jadi. Lepas tu terdetik dalam hati. Astaghfirullahalazim! Berapa banyak pulak dosa2 yg terkumpul sepanjang tahun lepas? Ganjaran pahala pulak? ._.
-----------
Tengahari tadi, ketika ayah, Haiqal dan para jemaah tekun mendengar khutbah di Masjid Kiyai Hj Abdul Jabbar, aku duduk di hadapan kaca televisyen. Nak dengar khutbah dari masjid, sayup2 je suaranya. Mak kate microphone system trouble sikit. Patutlah aku kadang2 tak dengar azan subuh kat sini. Tunggu sampai ke pukul6.
Nak dijadikan cerita, aku tonton al-Hidayah bersama Kak Wardina Safiyyah dan jemputannya Ustaz Ghazali. Chick (sejenis haiwan yg bertelur dan boleh dimakan) pun sibuk jugak nak panjat kat aku waktu tu. Tajuk hari ne, menghapus dosa semalam. Subhanallah, tepat pada masanya!
Jiwa yang kosong bila disiram hidayah Allah ne, mengalir air mata. Aku tahankan jelahh waktu tu. Nanti chick tengok, malu -_-" sungguh, aku berterima kasih sangat2 pada Allah sebab buka ruang dan jalan untuk aku kembali pada-Nya walaupun sering sering dan sering menjauh. Alhamdulillah.
# Ustaz kata topik ne (hapus dosa) tak glamour. Ada orang taknak dengar pun, anggap diri takde dosa. Tapi, hakikatnya setiap hari kena bertaubat kepada Allah. Mohon ampunan dari-Nya. Sebab tu dah macam trend, mintak maaf dengan mak ayah setahun sekali je time raya.
# Kak Wardina pulak berkongsi ayat yang sentiasa bagi harapan pada dirinya setiap kali ingin bertaubat iaitu surah al-Furqan ayat 70. Maksudnya:
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebaikan, maka kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. (25:70)
Sepetang bersama ikim.fm, curahan ilmu diberikan dalam slot Usrah Nurani jam5 petang setiap hari Jumaat. Panelistnya semua dari Usrah Fitrah. Hari ini bersama Kak Heliza Helmi dan Kak Haryati Hamzah. Dan juga Ustaz yg aku baru dengar namanya (tak ingat). Tapi seingat aku, dia penulis buku RnR something. Ya, aku pernah tengok buku tu cuma tak pernah baca.
# Ustaz tu kate, hati kena bersih. Amalan baik akan menyucikannya. Ikuti sunnah Rasulullah saw. Cintai ummah, sebarkan kasih sayang. Kak Yat pesan amalkanlah sebelum tidur solat sunat taubah. Kak Heliza tambah, at least istighfar 70x sehari.
Masyaallah, ilmu~ perlu dituntut walau di mana sahaja kita berada. Sikit atau banyak, amalkanlah. Jangan sampai hati kering, basahkan ia semula dengan ilmu.
#pray4allWhoTakingExam [bittaufiq wannajah~ insyaallah doa diterbangkan buat semua :) ]
#pray4Gaza
No comments:
Post a Comment